Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
- Apabila dia berdiri maka
berdoalah hamparannya :
(Wahai Tuhanku, kurniakanlah
kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)
- Apabila memakai pakaian ,
berdoalah pakaian
(Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya
pakaian syurga)
- Apabila memakai kasut, berdoalah
kasut
(Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas
titian Siratul Mustaqim!)
- Apabila memegang timba berdoalah
pula timba :
(Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya
gelas syurga!)
- Apabila mengambil air sembahyang
, berdoalah air itu :
(Wahai Tuhanku sucikannya daripada
segala dosa dan kesalahan!)
- Apabila berdiri sembahyang ,
berdoalah rumahnya:
( Wahai Tuhanku cahayakanlah
kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)
Serta menilik Allah kepadanya ,
maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
0 comments:
Post a Comment
Komen anda..