- Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati.
- Oleh yang demikian Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) telah diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kaki tangan kerajaan yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
- Dalam konteks pendidikan, setiap guru harus memahami sepenuhnya peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 dan telahpun dibuat pindaannya pada 2002.
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993 (PINDAAN
- Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002dan mula berkuatkuasa pada 20 Jun 2002.
- Pindaan ini melibatkan Peraturan 2 iaitu Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A) 395/1993], yang disebut “Peraturan-Peraturan ibu”. Dalam peraturan ini, pindaan dibuat terhadap peraturan 2 dengan memotong subperaturan 2(2).
- Tujuan utama peraturan adalah untuk menjaga imej kerajaan khasnya dan Perkhidmatan Awam amnya.
- Tindakan tatatertib merupakan langkah yang perlu diikuti bagi menghukum pegawai awam yang didapati melanggar mana-mana peraturan supaya dapat memperbaiki tingkah laku mereka pada masa hadapan dan pada masa yang sama dapatdijadikan panduan kepada orang lain.
RASIONAL PERATURAN TATATERTIB INI DILAKSANAKAN
Rasional peraturan tatatertib ini dilaksanakan adalah untuk memastikan pegawai awam;
- melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan bertanggungjawab;
- meletakkan kepentingan awam lebih utama daripada kepentingan mereka sendiri;
- menjaga imej perkhidmatan awam; dan
- yang melakukan kesalahan / melanggar peraturan dihukum.
p
PERATURAN-PERATURAN TATAKELAKUAN DAN TATATERTIB SECARA UMUM
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, (Pindaan) 2002 (P.U.A.246). yang telah mula diKuatkuasakan pada 20.6.2002, antara peraturan yang dimasukkan dalam peraturan ini adalah seperti yang berikut;
- Jenis-Jenis Kesalahan yang membolehkan diambil tindakan tatatertib.
- Jenis-Jenis Tindakan Tatatertib yang boleh diambil terhadap pegawai yang melakukan kesalahan.
TATAKELAKUAN YANG DITEGAH SAMA SEKALI ATAU BOLEH DIBUAT DENGAN KEBENARAN
PERATURAN 4A (GANGGUAN SEKSUAL)
PERATURAN 5 (PEKERJAAN LUAR)
PERATURAN 23 (KETIDAKHADIRAN TANPA CUTI)
PERATURAN 23 (PERATURAN-PERATURAN LAIN YANG BERKAITAN)
1. Pakaian
Antara contoh pelanggaran peraturan adalah seperti;
- Memakai singlet atau baju-T, tanpa kolar
· - Memakai sarong, seluar pendek dan lain-lain
2. Menyalahgunakan Dadah,
Perkhidmatan pegawai boleh ditamatkan atas kepentingan awam sekiranya pelanggaran peraturan seperti menghisap ganja, morfin, heroin atau menagih dadah.
3. Menerima/ memberi keraian;
Seseorang penjawat awam tidak boleh menerima / memberi keraian sekiranya keraian itu dapat dengan apa-apa cara mempengaruhi tugas rasmi untuk kepentingan peribadi.
Contoh pelanggaran peraturan ini adalah seperti kontraktor meraikan ketua jabatan yang menjadi ahli lembaga tender seperti [keraian = belanja makan, hotel, tambang bercuti dan lain-lain].
4. Perlu membuat pengisytiharan harta secara bertulis
5. Meminjam wang
5. Tidak boleh terlibat dalam kes perhutangan kewangan yang serius
6. Penerbitan Buku dan Karya;
Seseorang pegawai juga tidak boleh menerbitkan atau menulis buku, majalah atau karya lain berdasarkan maklumat rasmi terperingkat.
Antara contoh perlanggaran peraturan ini adalah seperti menulis atau menerbit buku dengan menggunakan maklumat rasmi terperingkat (rahsia besar, rahsia dan sulit).
7. Tidak boleh membuat pernyataan awam
Pernyataan berhubung dasar-dasar, keputusan atau isu-isu kerajaan tentang sesuatu hal.
Contoh, membuat perjelasan tentang sesuatu peristiwa berkaitan dengan kerajaan.
8. Tidak boleh terlibat dengan kegiatan politik
Pegawai Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan Profesional dilarang melibatkan diri dalam kegiatan politik atau memakai lambang parti politik kecuali kumpulan sokongan setelah mendapat kebenaran bertulis.
TINDAKAN TATATERTIB
Untuk mendapatkan maklumat tambahan berkenaan dengan tajuk Guru & Perundangan, sila KLIK SINI
2 comments:
wahhhh...korang da blog ilmiah...baguih2
Di sebuah sekolah rendah seorang guru hadir lewat dikenakan tindakan tatatertib manakala seorang lagi juga hadir lewat telah mendapat anugerah APC
Post a Comment
Komen anda..